MARI

Sunday, March 8, 2009

Aku dan Pameran Landskap Kebangsaan 2009


Kalau tidak kerana Ismail Chik, aku tak tahu pun ada pameran landskap di Mutiara Rini. Hari ini kira hari terakhirlah. Jadi, pagi2 lagi aku dah sampai kat Hutan Bandar Mutiara Rini. Takut orang ramai, malas nak cari parking. Ini first time aku sampai sini. Nasib baik ada GPS. Senang, tak takut sesat dah. Dikhabarkan pameran ini dah bermula sejak 1hb lagi tapi baru semalam dirasmikan oleh isteri Perdana Menteri kita. Rupa2nya pameran ini tahap kebangsaan. Ingatkan setakat negeri Johor je. Ada penyertaan dari seluruh negara rupanya.


Aku sampai kat tapak pameran kira2 jam 10 pagi. Masih lengang lagi tapi cuaca dah panas sangat dah. Sungguh sesuai untuk tangkap gambar. Kali ini aku cuma bawak body dan kit lens aje. Beg sandang, zoom dan makro lens aku tinggal. Dah serik sebab penat mengangkut equipment tapi takda benda nak shoot masa kat Pasir Gudang tempohari. Jadi kali ini malas nak bawak berat2.


Tapak pameran memang luas. Peserta2 pameran terdiri daripada majlis2 daerah dan perbandaran seluruh negara. Mereka diberikan satu kawasan untuk dibangunkan atau dihias ikut tema masing2. Kebanyakkannya buat rumah kampung dan dikeliling rumah dihiasi dengan pokok2 merimbun dan pelbagai warna. Ornamen2 taman disusun dengan kemas sekali. Rumah kampung hasil idea dan kerjatangan Majlis Bandaraya Johor Bahru ni memang paling menarik dan lengkap sekali. Susunan pokok2 yang pelbagai warna disusun rapat2 sekeliling rumah. Memang menarik.


Ini hasil ilham Majlis Daerah Simpang Renggam. Sebuah rumah kampung yang dibuat tinggi dengan tempat rehat dibawah dan atas rumah. Memang selesa dan nyaman. Staf dia pun sempat lagi tidur lena kat pangkin.


Ini rumah beratapkan rumbia dan berdinding buluh hasil karya Majlis Daerah Besut. Walaupun kecil tapi lengkap. Tanpa kipas atau aircond, suasana dalam rumah sangat sejuk dan nyaman. Itulah penangan atap rumbia gaknya.


Ini pula rumah kampung Majlis Perbandaran Kulai. Rumahnya besar siap dengan bilik dan dapur. Tapi buatannya nampak kasar dan ringkas. Aku bangga jugalah sebab Kulai ada hantar wakil.


Ini rumah berpangkin hasil ilham KEJORA atau Kemajuan Johor Tenggara.


Ini pula taman buatan Majlis Perbandaran Kluang dengan idea/tema Gubuk Kopi. Dia letak tiang2 tinggi yang dikutip dari Tasik Kenyir. Satu batang harga 2 ribu. Wow!


Ini hasil kerjatangan Majlis Daerah Kota Tinggi. Mereka banyak guna batu dan simen. Seolah2 macam kubu atau kota gitu.

Selepas penat tengok pameran, aku sempat gak shopping beli pokok dan baja. Macam2 kedai ada. Paling laris ialah gerai jual minuman. Memang rezeki sebab cuaca sangatlah panasnya. Aku tengok cawan dia kecik bebeno. Dua kali sedut dah habis dah. Gerai jual bunga dan pokok orkidlah yang paling dikunjungi orang. Aku dari dulu memang tak minat dengan orkid.

Gerai En Ismail Chik dah tutup dah. Tinggal bahan2 pameran je tapi dia dah takda. Jadi, tak dapatlah aku nak jumpa dia. Pukul 1, aku beredar balik sebab cuaca dah panas sangat. Kehadiran pengunjung tak seramai yang aku jangkakan. Tempat parking kereta kosong sangat. Mungkin sebab dah last day gaknya. Ataupun ramai orang tak tahu pasal pameran ini. Atau adakah sebab ekonomi gawat? Entahlah..

No comments:

Post a Comment