MARI

Monday, February 2, 2009

Aku dan karaoke set






Aku memang tak pandai menyanyi. Setakat jerit2 kat dalam kereta atau kat bilik air tu biasalah. Kalau ada function kat mana2, kalau ada orang2 sibuk2 nyanyi karaoke aku sekadar tengok aje. Tapi dalam hati rasa gian jugak nak pegang mikrofon tu. Jadi, sampai la ni aku pendamkan sahaja hasrat hati.

Seminggu dua ini Syameel sibuk pulak nak masuk nyanyi. Ditegah camna pun masih nak masuk jugak. Cikgu2 dia pun asyik menyokong dia aje walaupun wife aku dah suruh dia tarik diri. Minggu depan ada saringan. Kat sekolah wife aku lak tu. Maka, sabtu lepas aku ke kedai elektrik yang biasa aku pergi kat bandar. Masa tu tengah tension sebab tak dapat nak shooting gambar. Mula2 sekadar nak tengok2 aje tapi bila dah pegang mikrofon tu, rasa seronoklah pulak. Aku beli set yang standard aje. Satu amplifier, dua speaker dan free dua mikrofon. Selepas tu aku dan famili dah tak kemana2 dah. Test suara aje kat rumah. Wife aku nyanyi pun boleh tahan cuma belum berani pegang mikrofon lagi.

Paling kemaruk ialah Ameel dan Ainaalah. Nak mengaji quran pun pegang mikrofon. Part doa awal mengaji bukan main kuat lagi suara, masuk bahagian mengaji makin perlahan pulak suaranya. Tapi part menyanyi, terbaliklah pulak. Semua CD yang wife aku beli, habis dicubanya. Tapi sampai la ni Ameel belum tahu lagi nak masuk ke tidak. Lagu pun belum pilih lagi. Ameel beraninya ada tapi suara masih tenggelam timbul. Setakat saringan bolehlah. Nak bertanding, belum tentu lagi...

No comments:

Post a Comment