MARI

Wednesday, March 4, 2009

Aku dan berita sedih


Cuba anda bayangkan. Anda ada 5 orang anak. Semuanya anda sayang. Satu malam, salah seorang anak anda buat hal dan anda pun memukulnya. Keesokan paginya anda pergi kerja seperti biasa. Anda langsung tak sempat menatap wajah anak2 anda. Tiba2 anda mendapat perkhabaran anak anda yang anda pukul malam tadi telah terlibat dalam kemalangan jalanraya. Anak anda koma dan berada dalam keadaan kritikal. Apa perasaan anda?

Ini kisah benar. Kisah sahabatku. Anak perempuan beliau baru tingkatan satu. Selalunya beliau ke sekolah naik bas. Tapi pada hari yang malang tu, beliau ke sekolah awal kerana ada aktiviti lain di sekolah. Beliau berjalan kaki ke sekolah dengan kawan2nya. Walaupun tahu jalan tu sentiasa sibuk, mereka masih nak menyeberang jalan tu jugak. Padahal jejantas ada disediakan tapi mereka tak nak gunakan. Lebuhraya Senai-Skudai memang sentiasa sibuk. Setiap kali aku lalu jalan tu, aku tak pernah nampak orang melintas jalan. Tapi disitulah, beliau dilanggar kereta semasa cuba menyeberang jalan. Kecederaannya cukup parah dan hampir seluruh badan termasuk organ utamanya iaitu otaknya tercedera.

Dikhabarkan, di dalam beg sekolah beliau penuh dengan gambar2 ahli keluarganya. Mungkin beliau nak tunjukkan kepada rakan2nya di sekolah. Atau untuk digunakan dalam aktiviti sekolah beliau. Takda siapa tahu.

Selepas 3 hari di wad ICU Johor Bahru, beliau diisytiharkan meninggal dunia kira2 jam 10.45 pagi tadi. Aku tak dapat bayangkan kalau ini yang terjadi pada salah seorang anakku. Aku mungkin takkan dapat memaafkan diriku sendiri.

ALFATIHAH untuk arwah adik NORAMIRA NORIZAN. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

No comments:

Post a Comment