MARI

Friday, March 6, 2009

Aku dan minggu ini

Masuk bulan tiga ni, klinik aku agak sibuk siang dan malam. Kegawatan ekonomi global belum memberi kesan negatif kepada klinik aku. Macam2 masalah aku kena selesaikan. Bulan ni pun ramai patient aku yang nak ambik ujian darah. Takut ada penyakit kata mereka. Biasanya yang nak buat blood screening aku tapis dulu. Bawah umur 35 tahun aku tak galakkan sangat. Tapi kalau badan besar, sejarah keluarga ramai yang berpenyakit aku buatlah. Setakat umur 20-an, tak pernah sakit apa2 datang nak buat screening aku kata kau datang balik lepas cukup umur.

Manusia memang pelbagai ragam. Yang takut dengan penyakit ramai. Yang tak takut langsung pun ada. Aku paling tension melayan mereka2 yang hypochondriac. Jenis manusia sebegini, biasanya banyak membaca. Lepas tu dia rasa semua penyakit dalam dunia ni, dia ada/kena. Aku kena 3 kali pening. Nak menjawab soalan2 satu, nak berlawan teori satu, nak menyakinkan dia lagi satu. 10 minit pun tak habis2 lagi bertanya. Manusia jenis camni aku tak beri info macam2. Lagi banyak aku cakap, lagi banyak tanya. Lagipun, selalunya mereka dah lebih pandai dari aku. Saja nak test aku pun ada. Manusia jenis ni, kalau hantar kat private specialist, memang buat duit punya. Habis segala jenis ujian dibuatnya.

Jenis manusia yang tak takut penyakit pun ramai. Tekanan darah dah sampai ke siling pun masih kata takpa. Suruh makan ubat tak nak. Suruh jaga makan, tak nak ikut. Darah naik sebab tak cukup tidur katanya. Lagipun, tak rasa apa2 pun. Takda sakit kepala ke, kebas2 tangan ke, sakit dada ke. Jadi, buat apa nak makan ubat? Ada jugak yang bila test tahap kolesterol dah sampai kat langit pun, buat biasa aje. Pening kepala aku orang tak makan nasihat ni. Biasanya manusia jenis ni ego tinggi. Dia aje yang betul. Mesin aku salah. Makmal salah buat ujian.

Minggu ini kolam ikan aku buat hal lagi. Water pump kejap hidup kejap mati. Semalam aku suruh adik dan anak sedara aku tolong cuci kolam aku. Baki ikan yang tinggal aku masukkan dalam akuarium. Ikan koi tinggal 7 ekor, ikan emas ada 10 ekor, ikan arowana satu, ikan patin hitam satu, ikan lumut satu dan ikan kaloi satu. Yang lain2 dah aku jadikan baja organik tanam kat pangkal pokok rambutan. Pump tu adik aku dah godeh2 sikit. Dah cuci luar dalam tapi masih tak betul jugak. Tadi aku call kedai nyonya tempat aku beli dulu.
Aiya, itu pump tak boleh kasi repairlah. Itu sudah ada bocor. Air sudah masuk dalam itu motor. Lu patut kena jaga baik2lah. Tak mahu tanah ke, kotor ke masuk itu dalam motor. Kalau mahu beli baru 380 lu angkatlah
Aiya, mahu keluar wang lagi ka?

Tengoklah sehari dua ni. Kalau ada duit lebih kenalah beli yang baru. Sementara tu ikan2 tu terpaksalah bersesak2 dalam akuarium kecik tu.

Minggu depan sekolah cuti satu minggu. Aku dah tak sabar nak cuti dan tinggalkan sementara masalah2 kat klinik ni. Semalam, akauntan aku dah collect fail2 dan invois2 untuk buat penyata kewangan dan taksiran cukai untuk tahun lepas. Ada orang kata, dalam dunia ada dua perkara yang manusia tak boleh nak elak. Satu, mati dan dua, cukai. Aku memang pembayar cukai yang taat. Tak pernah miss dateline. Mana yang aku dapat aku declare. Takda nak tipu2.

Esok aku nak ke Pameran Landskap kat Mutiara Rini. Dalam suratkhabar semalam ada tunjuk artikel pasal event tu. Selain boleh bawak kamera aku bolehlah beli pokok ke, tanah ke, baja ke untuk pokok2 aku. Kalau dapat jumpa Ismail Chik lagi baik. Lusa pulak cuti Maulud Nabi. Aku tak cadang nak kemana2 sebab anak2 ada ujian akhir penggal. Nak kena buat ulangkaji sikit. Mungkin balik kampung sekejap. Nak mintak makan free.

Malam tadi ada pertandingan akhir Raja Lawak Astro musim ke 3. Kumpulan Sepah dari kampung aku menjuarainya. Bangga jugaklah sebab orang Kulai yang menang. Kumpulan Sepah ada 3 orang. Satu budak Taman Putri, satu budak Kg Melayu dan satu lagi Taib Andak. Rasanya calon2 lain seperti Jihan dan Amir memang tak boleh nak lawan Sepah. Amir budak Kelantan tu ramai yang tak puashati sebab dia dapat masuk akhir. Cakap menggigil, lawak takda isi, sentiasa mendatar dan kalut. Panel pengkritik pun nak kritik masih cakap beralas. Bubuh ajelah. Tapi macam AF jugaklah. Pilihan ditangan pengundi. Macamanapun Nabil is still the best ever. Lawak2 dia lain dari yang lain. Apek pun kalah.

Apa2pun, happy weekend. Happy holiday.

No comments:

Post a Comment