Aku bukan anti dengan drama2 melayu kat tv. Tapi setiap kali aku tertengok drama2 melayu ni, ceritanya lebih kurang sama sahaja. Pelakon2nya pun lebih kurang sama sahaja. Baik tengok Discovery Channel, lagi baik. Tapi kadang2 terpaksalah tengok bila wife yang pegang remote control. La ni setiap malam, wife aku tengah syiok tengok cerita Rozanna lakonan Rosyam Noor, Rahim Razali dan perempuannya; aku tak ingat namanya. Ala yang kahwin lari dengan footballer tu. Ooo, Rita Rudainilah.
Drama melayu tak lari daripada 3 topik utama. Satu, berebut harta. Dua, berebut perempuan dan tiga, berebut tender. Pusing2 macamanapun mesti berbalik kepada 3 isu ini. Kadang2 aku dah boleh agak ending cerita dia. Dah boleh jadi pengarah kata wife aku. Satu lagi, iklan punyalah banyak. Slot cuma setengah jam, iklannya setiap 5 minit. Sekarang ni, tengah wabak cerita2 seram. Balik2 hantu, pontianak, toyol, saka, santau, jin dan benda2 tahyul diperbesar2kan. Naik muak aku tengok. Bangsa lain sibuk maju ke depan,kita masih percaya kepada benda2 karut dan tahyul.
Dalam drama melayu, orang2 kaya biasanya digambarkan seperti berikut:
1. Orang kaya mesti ada pangkat datuk atau tan sri. Itu memang wajib. Tak sah kalau orang kaya takda pangkat2 itu.
2. Rumah orang kaya tersangatlah besarnya. Sekurang2nya dua tingkat dan yang wajib mesti ada kolam renang.
3. Kereta orang kaya sekurang2nya mesti ada 2. Satu untuk datuk, satu untuk datin. Anak2 pun mesti ada kereta sport sorang satu. Kereta semuanya besar2. Paling kurang pun 3 series. Kereta mesti sentiasa kilat dan sport rim paling kurang pun 17 inci. Plet number jangan ceritalah. Semuanya satu angka.
4. Orang kaya mesti ada orang gaji. Paling kurang pun 2 orang. Satu tukang masak, dan satu lagi tukang kebun atau driver. Biasanya suami isterilah. Orang gaji pun mesti warga tempatan, bukannya indon atau filipino. Sekarang ni ada lagi ke orang tempatan nak buat kerja2 camni?
5. Orang kaya mesti ada bukak bisnes sendiri. Bangunan pejabat pun sendiri punya. Ofis dan macam rumah luasnya. Bisnesnya paling kurang pun juta2. Asyik cerita pasal tender, pasal kontrak dan kertas kerja. Bisnes apa, jarang kita ketahui.
6. Orang kaya kalau sarapan pagi mesti penuh meja. Jus oren dan roti sudah mesti. Teh tarik dan nasik lemak langsung takda. Kalau makan malam pun sama. Semua dressing cantik2, make up tebal2 dan makan pakai sudu garpu. Jus oren pun mesti ada.
7. Orang kaya pagi2 pergi ofis terus mesyuarat sampai tengahari. Tengahari lunch kat hotel. Petang pun minum high tea dan jumpa client kat hotel. Tengahmalam baru sampai rumah. Dah tengahmalam pun tie masih dipakainya. Jaket atau kot pakai 24 jam.
8. Anak2 orang kaya selalunya sentiasa bermasalah. Minum arak, hisap rokok, hisap dadah, clubbing, bergaduh, berpoya2 dan suka memberontak. Pantang jumpa emak bapak, asyik nak gaduh je. Gaduh sikit je lari dari rumah.
9. Isteri orang kaya pula asyik sibuk dengan persatuan. 24 jam dressing aje memanjang. Make up pun sama. Waktu tidur pun pakai make up. Urusan keluarga dan anak2 diserah pada orang gaji. Pantang jumpa husband, asyik nak bergaduh aje.
10. Orang kaya biasanya terlalu taksub dengan kemewahan dunia. Dunianya dipenuhi dengan urusan menambah harta dan menghabiskan harta yang ada. Perempuan2 simpanan dah semestinya. Hal2 sembahyang dan urusan ugama langsung tak diendahkan.
11. Orang gaji pula ialah makhluk yang paling jujur, setia, sabar dan lemah lembut. Mereka jarang mengeluh, meninggikan suara dan sentiasa sabar melayan karenah tuannya. Kena marah ke, kena maki ke, air muka tak pernah berubah.
Orang jahat pula digambarkan seperti berikut:
1. Biasanya terdiri daripada sedara mara atau orang2 kepercayaan orang kaya. Istilah gunting dalam lipatan atau musuh dalam selimut itulah mereka.
2. Orang jahat biasanya nak membolot harta orang kaya. Mereka sanggup buat apa sahaja untuk mencapai apa yang dikehendakinya.
3. Konco2 orang jahat senang je nak dikenal. Biasanya berbadan besar, kepala botak, pakai gelang dan rantai besar2. Dan yang penting siang malam pakai spek hitam dan jaket kulit hitam. Kalau ada rambut, mesti diwarnakan.
4. Konco2 orang jahat ni memang cukup setia dan sentiasa ikut arahan boss dia. Apa aje disuruh akan diikut tanpa apa2 bantahan. Mereka cukup setia tetapi agak bangang sikit. Kalau drama2 polis, orang2 jahat dah ikut gaya korporat. Pakai kot dan blazer sepanjang hari. Buat deal bisnes pun mesti atas kapal.
5. Konco2 orang jahat ni nak mati senang aje. Kena ketuk kepala sikit je boleh mati. Kena tembak kat mana2 bahagian badan pun boleh mati. Kena tembak hujung jaripun menggelupur setengah mati.
6. Orang jahat ni walau sejahat manapun, walau apapun yang jadi, di hujung cerita nanti barulah nak insaf. Kena tembak camnapun masih boleh hidup. Sangat berbeza dengan konco2nya.
Aku cukup benci tengok adegan yang melibatkan hospital dan doktor. Semuanya dibuat terlalu superficial atau simple. Apa salahnya dia mintak dulu pendapat mereka2 yang arif sebelum shoot adegan2 di hospital. Biar nampak real sikit. Ini main belasah aje.
1. Doktor biasanya sentiasa segak dan kemas sepanjang masa. Long sleeve, bertali leher, white coat dan stetoskop sentiasa dileher. Baju sentiasa licin tanpa kedut walaupun ketika attend kes tengah2 malam buta. Tie memang langsung tak tinggal. Muka pun tak pernah nampak penat. Skrip untuk doktor biasanya ayat2 buku teks. Penggunaan istilah2 perubatan digunakan tanpa kewajaran. Ayat2 biasa ialah kami sedang menjalankan pemeriksaan, kami sedang menunggu keputusan ujian darah, dan yang paling bangsat ialah kami sedang mencuba sedaya upaya. Itu maksudnya takda harapanlah...
2. Dalam kes2 kecemasan atau serius, cardiac monitor hanya diletak disebelah pesakit. Kalau perhati betul2, monitor tu tunjuk flatliner bermaksud pesakit dan takda denyutan jantung. Tapi kalau perhati betul2 ada tulis lead off berkelip2 kat bawah monitor. Itu bermakna ia tak disambung ke pesakit. Sekadar jadi tontonan sahaja.
3. Bila berlaku kecemasan seperti pesakit collapsed atau pengsan, doktor dan nurse akan cepat2 datang. Biasanya tak sampai pun 10 saat. Doktor dan nurse macam dah ready kat depan pintu gamaknya. Doktor akan cepat2 letak stetoskop kat dada pesakit, suluh mata dan pegang pergelangan tangan. Lepas tu dia geleng kepala dan kata pesakit dah takda. Sepatutnya dia pasang cardiac monitor, pasang O2 mask, intubate, buat CPR, inject ubat, pasang IV line dan last sekali bagi direct shock. Selepas 20 minit buat itu semua, barulah boleh confirmed kematian.
4. Pesakit koma atau pengsan mana boleh letak kat wad biasa dengan sedara mara disekelilingnya. Pesakit sekadar diberi IVD dan face mask. Sepatutnya dia diletak di unit rawatan rapi(ICU) dengan segala monitor disekelilingnya. Barulah nampak real sikit.
5. Watak utama biasanya akan kena barah otak atau kanser darah. Dua penyakit ini yang selalunya jadi favorite dalam skrip drama melayu. Hero dan heroin muda dan sihat walafiat tiba2 pengsan atau jatuh dan keesokan harinya dah disahkan kena penyakit tersebut. Selalunya diberitahu dah tak boleh dirawat dan akan mati dalam tempoh yang singkat. Pada dasarnya, kedua2 penyakit ini memang jarang berlaku. 12 tahun aku kerja sebagai doktor, aku belum pernah jumpa pesakit aku kena barah otak. Kanser darah ada dalam 10 kes sepanjang pengetahuan aku. Itupun tak separuh yang meninggal dunia. Selebihnya masih boleh dirawat. Kenapa tak dibubuh sakit yang lebih kerap berlaku seperti demam denggi ke,cirit birit ke, sakit appendiks ke. Kan penyakit kencing manis, darah tinggi, serangan jantung lebih senang diolah berbanding sakit yang pelik2?
6. Doktor bedah mana ada yang pakai baju bilik bedah sampai keluar dewan bedah? Ini siap dengan face mask lagi keluar dari bilik bedah semata2 nak jumpa keluarga pesakit. Lagi satu mana ada pesakit boleh mati semasa dibilik bedah? Itu dah kira medical error/negligence dah boleh kena siasat. Istilah, kami dah cuba sedaya upaya digunakan sewenang2nya.
7. Kadang2 pesakit2 miskin yang kononnya takda duit, masih boleh dapat bilik special bila kat hospital. Bilik kelas satu gitu. Kalau takda deposit ratus2 mana boleh dapat bilik begitu?
8. Kalau kes2 serangan jantung, pesakit akan cuba sedaya upaya cari ubat yang biasa dia makan dan selalunya ubat GTN yang selalu letak dibawah lidah. Cari ubat bukan main dramatik lagi, ingat dah nak mati sangat dah. Tapi bila jumpa ubat, tak sampai 2 saat dah sihat balik dah. Padahal ubat tu berkesan selepas beberapa minit dan bukannya beberapa saat.
9. Kalau kes2 pesakit jadi gila atau hilang ingatan, lakonan jadi gila memanglah mudah. Baju compang-camping, rambut kusut masai dan cakap benda yang bukan2. Itu dah kira gila dah. Padahal, hanya chronic schizophrenia yang macam tu. Banyak lagi jenis2 gila yang lain seperti Obsesive Compulsive, Paranoid, Delusional dan macam2 lagi yang mempunyai karakter berbeza.
10.Kes serangan stroke atau angin ahmar yang paling aku suka. Baru keluar wad seminggu, muka dah herot sebelah. Kaki dan tangan dah keras. Padahal, tanpa penjagaan yang sempurna dan selepas beberapa bulan tangan dan kaki baru boleh keras dan kejang.
11. Kes house call atau doktor datang ke rumah lagi tak logik. Doktor bila datang, pegang pergelangan tangan aje dah tahu segala2nya tentang penyakit. Lepas tu beri satu suntikan dah boleh sihat. Masa zaman P Ramlee dulu bolehlah. La ni mana ada doktor senang2 nak datang ke rumah?
Pada aku, skrip drama melayu kita sangat terbatas. Ianya juga terlalu terikut2 dengan drama2 Indonesia ataupun barat. Takda istilah drama Malaysia. Konsep muhibah jarang diterapkan. Skrip2 yang mengajak kepada perubahan positif seperti daripada susah menjadi senang, daripada miskin menjadi kaya jarang dijumpai. Biasanya yang kaya jadi lupa daratan ataupun yang hidup senang lenang tiba2 menjadi susah/bangkrap. Drama melayu suka kepada pergolakan rumahtangga. Suami ada hubungan dengan perempuan lain, suami nak kahwin lain, isteri yang curang, suami isteri selalu berperang. Kenapalah mereka tak tunjukkan yang sebaliknya? Cuba tengok rancangan The Cosby Show. Ia mengisahkan suka duka suami isteri dalam membesarkan anak2nya. Melalui rancangan itu, walaupun dipenuhi dengan unsur2 komedi, aku diajar untuk memahami karenah anak2 yang sedang membesar. Rancangan Full House misalnya. Ia mengisahkan bapa tunggal yang membesarkan anak2nya dengan bantuan adik lelakinya.
Walaupun ianya sekadar sitkom dan bukannya drama, ianya lebih berfaedah bagi aku.
Drama melayu perlu berubah. Skrip perlu lebih matang. Perlu ada pengisian dan bukannya sekadar menarik orang ramai untuk mengetahui skandal orang2 atasan. Kenapalah takda orang berani buat drama2 tentang politik di Malaysia? Kalau nak buat filem tentang politik, rasanya jalan ceritanya lebih menarik berbanding filem2 Hollywood. Aku dah habis tengok Slumdog Millionaire. Ceritanya sangat mudah. Tapi olahan babak2nya dibuat dengan cukup dramatik. Adegan terjun dalam lubang tandas semata2 nak salam dengan Amitadh Bachan dan adegan kanak2 lepas pandai menyanyi dibutakan matanya cukup menyayat hati. Memang selayaknya mereka menang 8 oscar tahun ini. Aku harap satu hari nanti ada filem Malaysia yang dapat sampai ke anugerah Oscar.
Aku akan terus mengikuti perkembangan drama Melayu. Cerekarama setiap malam minggu di TV3 ada kelainannya. Drama2 arahan Jinggo paling menarik perhatianku. Rashid Sibir juga dah berani beralih ke drama2 yang mengajak kita berfikir dan menginsafi kelemahan diri. Jemu lah tengok kisah orang2 korporat je...

No comments:
Post a Comment