MARI

Sunday, February 22, 2009

Aku dan Festival Layang Layang Pasir Gudang


Anak bujang aku ni bukannya kisah sangat dengan layang2. Semalam baru download game baru. So, setiap masa dengan PSP dia..


Kibaran bendera menuju ke Muzium Layang2 Pasir Gudang.


Dikeliling padang penuh dengan orang ramai yang cuba menerbangkan layang masing-masing. Angin tak kuatlah beb.


Dua jam aku tunggu layang2 ni naik keudara tapi tak naik2 jugak. Kalau masuk kena bayar tiket, aku nak balik duit tiket aku..Grrrrr.


Terima kasih kerana menjadi teman mengiringiku.


Antara layang2 yang berjaya diterbangkan sebelum hujan turun.

Diam tak diam dah 14 tahun festival layang layang ini berlangsung. Tapi baru dua kali aku pergi. Kali pertama kira2 10 tahun yang lalu. Lepas tu aku dah malas nak pergi sebab aku tak suka tempat2 orang ramai sangat dan cuacanya pun panas terik. Tahun ini aku memang tunggu2 kedatangannya sebab nak test kamera DSLR aku. Aku dah janji dengan Ezanee nak pergi sama2 tapi dia ada hal lain disaat-saat akhir. Terpaksalah aku pergi sendiri nampaknya.

Kali pertama aku pergi dulu, layang-layang yang besar2 dan pelik2 semua ada diangkasa. Berjenis2 dan berwarna-warni. Angin memang sangat sesuai untuk menerbangkan layang2 masa tu. Tak kira apa jenis pun. Tapi pengalaman kali ke dua ini mungkin membuatkan aku serik untuk kembali lagi tahun depan. Tak tahulah kalau ada beli lensa baru, mungkin aku akan datang balik.

Aku tiba ditapak festival kira2 jam 12 tengahari. Orang memanglah ramai tapi segala2nya kelihatan teratur. Mereka bagi kita parking kereta ditepi padang atau dibawah pokok. Wife aku siap bawak bekal untuk makan tengahari. Aku lihat yang bawak khemah sekali pun ada. Cuaca memang panas dan yang tak bestnya, angin langsung takda. Semua yang datang dah bawak layang2 masing2 termasuk aku. Excited giler nak main layang2.Aku beli layang2 murah kat Jaya Jusco semalam. Satu baru 3 ringgit. Malangnya akibat ketiadaan angin, masing2 duduk termenung bawah pokok sambil menunggu angin yang tak datang.

Sekitar pukul satu, aku berpindah ke tapak festival. Orang berniaga air batulah yang paling untung. Nama aje air kelapa, air jagung, air milo, air limau tapi rasanya macam ais kosong aje. Dua kali sedut dah tinggal ais aje. Untung betul berniaga air batu ni. Sekeliling tapak festival, macam2 gerai ada. Layang2 recycle tahun2 lepas punya dijual dengan harga murah. Warna dah pudar dah. Itu pun masih dijual lagi. Gerai2 lain pun lebih kurang sama jugak. Jual tudung, jual baju, jual topi, jual jajan, jual saham pun ada.

Aku tunggu tepi padang utama mengharapkan ada layang2 besar akan diterbangkan tapi malangnya angin seperti mogok dan merajuk. Aku tunggu punya tunggu punya tunggu sampai pukul 2 pun masih takda action dipadang. Cuaca tiba2 mendung dan hujan mulai turun. Sedih betul sebab sia2 aku mengangkut kamera dan lensa panjang aku. Setengah jam kemudian, hujan turun sangatlah lebat menyebabkan aku terus beredar balik. Beberapa keping gambar berjaya aku upload dalam flickr tetapi takda satupun gambar layang2 yang bertaraf dunia aku dapat upload. Gambar layang2 tersangkut kat spotlight tepi padang adalah..

Semoga aku dapat kembali ke lokasi yang sama tahun depan. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment