MARI

Thursday, February 5, 2009

Aku dan kenangan silam


Ini gambar emak, abah dan arwah Nyai aku. Nyai itu gelaran nenek dalam bahasa jawa. Walaupun aku bukan cucu kesayangan Nyai, tapi Nyai tetap tunjuk kasih sayangnya kat aku. Masa Nyai sihat zaman muda2 dulu, dia rajin berniaga. Jual tempe, jual kuih, jual rojak. Bila dia dah tak larat nak jalan, dia berniaga kat rumah sahaja. Jual jajan dan aiskrim Malaysia. Masa aku belajar di KL, setiap kali cuti aku mesti melawat dia. Sebelum balik, dia mesti kasi duit jajan punya. Setiap kali raya, dia mesti buat kuih bahulu gulung kesukaan aku. Kalau musim buah, dia mesti simpankan rambutan dan durian untuk aku.
Bila aku dah mula bekerja, hanya waktu raya aje aku pergi melawat dia. Ada beberapa cerita tak baik yang aku dengar tentang sejarah silamnya yang menyebabkan aku jauh hati terhadapnya. Namun aku tetap sayang kepadanya.
Di akhir hayatnya, beliau meninggal kerana ada ketumbuhan dalam perutnya. Lebih setahun dia menderita sakit. Aku habis ikhtiar sebab doktor pakar tak berani nak operate ketumbuhan dia memandangkan usianya yang dah lanjut. Aku hanya dapat bagi palliative care seperti ubat2 painkiller, sedative dan laxative sahaja. Pemergiannya takku kesali walaupun ada suara2 sumbang menyatakan ada cucu doktor pun tak nak buat apa2.

Ini hobi aku masa aku mula2 berkeluarga dulu. Semua jenis pokok kaktus aku ada. Siap boleh berniaga lagi, jual anak2 kaktus kat nurse di wad.

Ini anak sulung aku masa umur sekitar 2 tahun. Hobi dia 'mengemas' rumah. Habis koleksi buku, kaset dan almari baju aku dikemasnya..

Ini gambar percutian keluarga aku yang pertama. Sekitar tahun 1998. Tidur di Grand Continental Melaka. First time jalan bawak anak. Habis kelengkapan anak aku bawa. Buaian, walker, termos dan macam2 lagi yang tak perlu aku bawa.

Ini gambar sehari selepas aku dan wife diisytihar suami isteri. Kira pengantin baru gitu. Motosikal Suzuki RG hijau itulah satu2nya harta aku masa itu. Tapi ianya hilang dicuri orang masa aku duduk dikuarters hospital. Semoga pencurinya dibakar di neraka besok.

No comments:

Post a Comment