
Keratan akhbar menjadi saksi kejayaan terbesar aku semasa menjawat jawatan kerajaan di hospital. Sepanjang 5 tahun lebih aku bekerja di hospital ini, aku aktif dalam kerja2 luar waktu pejabat terutamanya selepas dilantik secara automatik menjadi pengerusi kelab sukan kakitangan hospital. Walaupun banyak sangat halangan dan karenah birokrasi yang aku hadapi, aku tabahkan hati dan redah sahaja. Halangan-halangan seperti kekurangan dana, halangan untuk mengumpul dana, kesibukan menjalankan tugas2 rutin hospital dan kurangnya kerjasama daripada staf yang lebih berpangkat dan senior; gagal mematahkan semangatku. Sokongan beberapa staf yang jadi AJK kuatku yang memberiku semangat untuk meneruskan setiap projek. Kak Huda, Azmi, Razip, Aziz dan beberapa orang yang lain teguh berdiri dibelakangku walaupun ramai yang memandang sinis usaha2 kami.
Bukan nak berbangga, tapi dengan kehadiran aku di hospital ini, aku berjaya membuat Family Day hampir setiap tahun, Pertandingan karaoke tertutup dan yang terbesar ialah yang Hari Terbuka Hospital pada tahun 2000. Dengan kerjasama AJK2ku, aku buat program untuk satu hari. Bermula dengan pertandingan sukan antara unit pada pagi Sabtu, pertandingan mewarna terbuka dengan kerjasama Utusan Malaysia pada sebelah petang dan pada malamnya, pertandingan karaoke terbuka. Dengan dana sekitar 10 ribu ringgit sahaja dan tanpa satu sen pun duit hospital aku gunakan, projek aku dikira berjaya.
Aku tak sangka sambutan yang aku terima sangat menggalakkan. Pada pagi Sabtu tu, hospital dah jadi macam tapak pesta bila semua staf beramai2 turun ke padang dan menjayakan aktiviti sukaneka. Kami siap berbaris dan ada pertandingan menghias khemah. Dah jadi macam sukan kat sekolahlah pulak. Ada pasukan biru, merah, hijau dan kuning. Masa tu aku dah tak kisahkan menang atau kalah. Yang penting, semua orang bergembira dan dapat merasai suasana baru yang tak pernah mereka rasakan sebelum ini.
Habis sahaja acara sukaneka, pendaftaran untuk pertandingan mewarna pun bermula. Takku sangka, penyertaan melebihi 600 orang dan sanagt diluar jangkaan. Petang tu setiap inci koridor hospital dipenuhi dengan kanak2 dan ibubapa mereka. Kereta penuh keliling hospital. Patient nak masuk emergency pun patah balik. Itu semua kerja Sister Zainablah. Dia part menyelesaikan tugasan memang superb. Aku yang pening kepala petang tu sebab banyak benda aku kena handle sendiri. Projek besar2an, AJK tak sampai 10 orang. 50% dana aku cari, 30% sumbangan Ahli lembaga pelawat dan 20% lagi sumbangan kelab. Hospital satu sen tak keluar duit. Pengarah hospital lagilah. Tak satu pun buah fikirannya aku gunakan. Lagi pening kepala adalah..
Penat pagi dan petang belum habis, malam tu ada pulak pertandingan karaoke. Kali ini aku serah bulat2 majlis kat Razip. Dia yang handle semuanya. Rasanya semuanya dia yang buat. Takda AJK langsung. Tapi masih meriah walaupun ramai staf hospital yang dah kepenatan.
Kesimpulannya, itulah sumbangan yang sempat aku berikan sebelum aku meletakkan jawatan 2 tahun kemudian. Aku dan Sister Zainab dapat Anugerah Cemerlang tahun berikutnya. Aku ingat lagi masa majlis penerimaan anugerah cemerlang tu. Akulah satu2nya doktor dan staf yang paling muda berjaya menerima anugerah tersebut. Selepas ketiadaan aku, mereka cuba untuk mengulangi projek itu tapi kemeriahannya sukar ditandingi. Apatahlagi bila ramai AJK aku yang dah berpindah atau naik pangkat. Takda siapa yang nak jadi ketua dah.

No comments:
Post a Comment