MARI

Friday, February 13, 2009

Aku dan minggu ini

Entah kenapa minggu ini aku sibuk sangat. Klinik penuh pagi, petang dan malam. Patient2 baru pun ramai. Mungkin cuaca yang panas sekarang menyebabkan ramai demam dan sakit tekak. Sebelah pagi 30 orang, petang 20 orang dan malam 20 orang. Kalau tiap2 hari camni, boleh pengsan aku dibuatnya. Rasanya banyak lagi klinik lain dekat area aku tapi klinik aku yang mereka cari. Tunggu satu jam pun takpa. Aku datang lambat pun mereka tunggu. Kadang2 bila dah penat sangat aku mohon supaya patient tak datang klinik aku. Kadang2 bila bangun pagi, terasa malas sangat nak pergi kerja. Malam pun sama. Rasa nak sambung tidur seterusnya tapi mengenangkan aku perlu memberi perkhidmatan kepada patient2 aku, aku gagahkan jugak. Bukan duit yang aku kejarkan tapi kepuasan diri yang lebih penting. Kan dulu niat dihati jadi doktor sebab nak berbakti kepada masyarakat kan? Itu yang kena tunaikan. Kalau niat hati jadi doktor nak cepat kaya, macam2 perkara aku boleh buat. Jual MC, jual ubat tidur, pasang locum kat klinik, buat bisnes sampingan dan sebagainya. Memang boleh kaya. Charge patient pun ikut harga pasaran. Minimum 20 ringgit. Lepas setahun bukak klinik, boleh pakai 5 series, boleh beli rumah banglo. Tapi itu bukan kehendak hatiku. Aku dah janji dengan Tuhan, dengan emak dan dengan diri sendiri.

Menjadi doktor bukan setakat beri ubat kepada pesakit. Kalau camtu, letak sapa2 pun kat bilik doktor, semua boleh jadi doktor. Orang demam beri ubat demam, orang sakit kaki beri ubat tahan sakit. Nak MC berapa hari pun, beri aje. Lepas tu charge 30-50 ringgit. Tak sampai pun 5 minit kerja. Kalau satu hari 70 orang, dah 2000 masuk dalam akaun. Cukup bulan 40 ribu duit dalam bank. Senang kan? Tapi itu bukan realitinya. Seorang doktor yang bagus ialah yang memahami kehendak dan keperluan setiap pesakitnya. Tak semestinya apa yang keluar dari mulut pesakit itu masalah atau kehendaknya. Perkara2 terselindung daripada mata kasar boleh dibaca melalui pergerakan mata, lenggok badan dan gaya percakapan. Ini semua boleh diketahui dengan pemerhatian dan pengalaman. Tak semua doktor ada skil ini.

Doktor yang bagus ialah yang merawat pesakit secara meyeluruh. Bukannya merawat tanda2 penyakit sahaja. Latar belakang pesakit dan ahli keluarganya memainkan peranan dalam penyembuhan sesuatu penyakit. Biasanya pesakit2 baru aku buat profil menyeluruh. Semua benda aku tanya. Asal usul, tempat tinggal, sejarah keluarga, sejarah penyakit, alahan, hobi dan cita2 semua aku tanya. Kadang2 kalau dia cadang nak kahwin tahun depan pun aku rekodkan. Kali kedua datang, aku gunakan cerita2 lama untuk mendapat profil yang baru. Macam detektif gitu. Kali ke 3 dan seterusnya, aku dah tak payah tanya. Belum duduk pun aku dah tahu dia sakit apa dan ubat apa nak beri. Masa 5 minit aku gunakan untuk cerita benda2 lain seperti hal politik ke, hal sukan ke, kalau dia agen direct selling aku tanya pasal bisnes dia. Kadang2 patient hairan, mana doktor tahu ni? Aku cakap aku ada ilmu tilik. Ha ha ha.

Patient suka jumpa aku sebab aku takda guna protokol sangat. Kalau tengok dressing aku, ramai tak tahu aku doktor. Aku tak pernah pakai kemeja long sleeve, tight in atau pakai tie. White coat dah buang mana ntah. Seluar aku pun gaya kocek banyak. Memang takda ciri2 kerja professional. Gaya macam kontraktor ada kot. Bukan nak merendah diri sangat2 tapi yang penting aku selesa dan mudah nak buat kerja. Patient tengok aku pun tak segan sangat. Dulu masa aku baru bukak klinik, kerusi yang aku duduk tu leather seat, siap ada roda dan harga seribu lebih. Bila dah lama pakai, bila roda dah patah, aku tukar kerusi biasa aje. Sama taraf dengan kerusi yang patient aku duduk. Bukan apa, bila patient dah selesa dengan kita, senang sikit nak berbual2 dan cerita masalah. Kalau doktornya macam serius dan garang je, nak cerita pun takut2.

Pada aku, takda istimewanya jadi doktor ni. Aku pun manusia biasa juga. Cuma Allah beri kelebihan sikit untuk mengesan dan merawat pesakit. Aku anggap itu satu ibadah dan bukannya pekerjaan. Jadi doktor ni, kita lebih banyak mendengar daripada bercakap. Aku jarang suruh pesakit buat itu ini. Aku sekadar nasihat. Biasanya mereka dah lebih arif daripada kita tentang sesuatu penyakit. Mana yang percaya sangat kat tok2 bomoh, aku nasihatkan supaya guna akal fikiran. Mana boleh penyakit sembuh dengan minum air jampi aje?

Dah ramai orang kata aku charge murah kepada pesakit2 aku. Minimum consultation 20 ringgit aku abaikan. Ramai yang datang aku tak charge langsung. Kalau sekadar nak mintak pendapat, takkanlah aku nak charge 20 ringgit? Luka sikit2 pun tak kan nak charge 20 ringgit? Pada aku nak untung pun biarlah berpada2. Kalau charge 5 ringgit dan patient tu ikhlas bayar kan lebih berkat banding 20 ringgit dan patient menyumpah seranah? Biar sikit tapi berkat. Itu prinsip aku. Walaupun aku hanya mampu pakai Wira aje walaupun dah lebih 7 tahun bukak klinik, aku dan ahli keluarga semua sihat2. Kehidupanku dipermudah. Urusan2 bank dan seharian tak pernahnya sangkut. Anak2 berjaya dalam pelajaran. Itu dah memadai bagiku. Harta dunia seperti kereta2 mewah, baju dan kelengkapan berjenama, percutian luar negara bukan keutamaanku. Yang penting hidup sederhana dan selamat dunia akhirat.

Patient yang dah kenal aku tak pernah merungut walaupun aku selalu datang lewat ke klinik. Mereka tahu aku kerja seorang siang dan malam. Pagi muka aku, petang muka aku dan malam pun muka aku jugak. Ada jugak bising suruh aku bukak klinik hari minggu tapi aku kata aku tak larat. Yang dah tahu, biasanya standby supaya jangan sakit pada hari minggu. Hari Jumaat dah standby ubat dulu sebab takut aku cuti hari sabtu. Pada aku doktor bukan aku seorang sahaja. Masih ramai lagi doktor yang lebih berwibawa daripada aku.

Minggu ini wife aku pun sibuk jugak. Ada sukan tahunan kat sekolah. Erin jadi ketua kontijen kena baca ikrar sukan. Dia juga masuk acara lontar peluru. Sebijik macam bapak dia jugak. Masa aku darjah enam dulu pun aku yang kena baca ikrar. Aku pun masuk acara lontar peluru. Bezanya dia dapat No Dua, aku dapat No Corot. Ainaa dapat 3 pingat dan Ameel dapat 2 pingat. Boleh tahan mereka berlari. Ikut baka emak dia gaknya sebab wife aku olahragawati sekolah dulu. Selain sibuk sukan sekolah, wife aku jugak terlibat dalam acara Bola jaring. Jadi coach dan kena hantar team bertanding. Nasib baik kalah kata wife aku. Itu belum dikira kelas tambahan, urusan SPBT dan sebagainya. Aku jugak terasa tempiasnya sebab kena buat kerja2 rumah dan uruskan anak2.

Mungkin petang ni nak balik kampung. Dah lama tak balik tengok emak ayah. Kesibukan urusan dunia sepatutnya tak jadi penghalang hubungan anak dengan emak abah. Kan?

No comments:

Post a Comment