MARI

Sunday, February 22, 2009

Aku dan new movie



Atas desakan anak2, terpaksalah aku bawak mereka tengok wayang baru untuk budak2: GENG PENGEMBARAAN BERMULA malam Sabtu lepas. Antara fakta yang aku ketahui tentang Geng:
1. Filem animasi 3D pertama terbitan sepenuhnya anak Malaysia.
2. Menelan kos RM4 juta.
3. Mengambil masa 2 tahun untuk disiapkan.
4. Menggunakan 40 orang tenaga kerja.

Aku dan ready nak tidur bila masuk panggung tapi perkara sebaliknya berlaku. Antaranya:
1. Panggung penuh sesak. Pelbagai bangsa dan usia berduyun2 memenuhi panggung. Yang bawak anak2 kecik pun ramai.
2. Anak2 aku duduk diam dan terpegun dengan jalan ceritanya. Takdalah asyik tanya bila nak habis. Rasanya mereka faham jalan ceritanya berbanding masa tengok Cicakman 2 dulu.
3. Jalan ceritanya simple. Watak2nya hidup dan menghiburkan. Anak2ku kelihatan excited tunggu kemunculan 2 budak botak tu. Watak2 lain pun tidak menghampakan terutamanya Rajoo, Badrol, Lim dan Salleh/Sally.
4. Visual dan sound effect terutamanya latar belakang dalam hutan cukup realistik. Tapi ular besar dan makhluk hutan yang lain tu plain sikit.
5. Aku langsung tak jadi tidur walaupun tayangan mula pukul 10 malam dan habis pukul 11.30 malam.

Keseluruhannya, Geng tidak menghampakan. Anak2 dah suruh belikan CD sebab nak tengok lagi. Semoga target kutipan 10 juta tercapai. Kepada penerbit dan kakitangan produksi Les Copaque production; Tahniahlah kerana hasil kerja anda sebaik yang diharapkan.

No comments:

Post a Comment