Hari ini hari sabtu. Hari terakhir dibulan Januari 2009. Terlalu cepat masa berlalu. Aku dah tak larat dah nak melayan pesakit lagi. Jadiini aku kerja sekerat hari aje. Lepas tutup klinik, aku pergi bawak anak2 makan tengahari di Pizza Hut. Ramai pulak orang hari ini. Bila dah ramai, pizza pun rasa lain. Lebih banyak tepung berbanding topping. Pukul 2.30 baru sampai rumah.
Pukul 3.30 aku bawak anak2 lelaki aku ke pertandingan motosikal lasak di Indahpura. Sampai sana orang dah ramai tapi motosikal satu pun tak nampak. Tiba2 aku terdengar siren polis diikuti dengan deruan bunyi motosikal besar polis trafik, motosikal kapcai dan diakhiri dengan deretan kereta2 kerajaan. Rupa2nya ada majlis politik. Menteri Sukan ada datang rasmi majlis daa. Ini yang aku boring ni. Aku nak nak tengok motocross dan bukannya nak jumpa ahli2 politik. Menunggu aturcara majlis yang aku malas ni. Mula2 ada kompang, lepas tu ada tarian singa, lepas tu ada ucapan. Lepas tu upacara perasmian, upacara makan2.. Selepas setengah jam pun tak habis lagi gayanya. Kenapa tak terus aje ke padang? Duit yang dibazirkan untuk persiapan pentas, jamuan, perarakan, kompang, tarian itu semua patutnya digunakan untuk benda2 lain yang lebih berfaedah. Aku perhatikan ada kumpulan mat motor besar, kumpulan motor2 kapcai, kumpulan kelab kereta Pantera dan ada kereta modifikasi kat sana. Langsung hilang mood aku nak ambik gambar. Beberapa wajah orang politik yang aku kenal pun ada tapi aku malas nak menegur.
Aku tunggu sampai 4.15, racing tak start jugak. Aku perhatikan tak banyak pelumba. Motocross yang betul2 macam dalam tv cuma ada 5 biji aje. Itupun masih berkilat lagi. Yang lain2 aku nampak motor kapcai yang dah dimodified. Kalau aku tunggu pun buang masa aje. Balik rumah tidur lagi baik..
Malam minggu takda aktiviti. Badan pun macam kurang sihat aje. Program tv pun entah hapa2. Balik2 cerita sama yang diulang2. Tidur lagi baik..
No comments:
Post a Comment